Temanku,
ALLAH menciptakan manusia sama
Dengan sebaik-baik kejadian
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza
Ada yang lalai dengan angan-angan
Ada yang tekun berusaha
Tentu nasib mereka berlainan
Kerana ALLAH Maha Adil sifat-sifatnya
Kelalaian dibalas kegagalan
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
Kau diberi peluang membuat pilihan
Kau jua yang tanggung natijahnya
لقد خلقنا الإنسن في أحسن تقويم
sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian (SURAH AL-TIN:4)
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia
Kita akan pulang kepada-Nya
Hidup di dunia akan ditanya
Adakah di isi dengan sebaiknya?
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya
Kelak disana rendah darjatnya
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتو العلم درجت
ALLAH akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat
(SURAH AL-MUZAADILAH:11)
Temanku,
Renungilah sebiji cawan
Jika tidak dituang air
Molekul udara memenuhinya
Begitu juga diri kita
Jika tidak di isi iman
Masuklah syaitan bermaharajalela
Diri kita perlu pengisian
Dengan ilmu dan agama
Agar hidup dekat dengan-Nya
Barulah hatimu tenang bahagia
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan
Oleh itu,tekadkan keyakinan
Kau ummat pilihan
إن أكرمكم عند الله أتقكم
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa (AL-HUJURAT:13)
Jelaskan VISI perjalanan
ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة و قنا عذاب النار
Ya Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka (AL-BAQARAH:201)
Jadikan ILMU sebagai bekalan
اقرأ باسم ربك الذى خلق
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan (AL-ALAQ:1)
Sedarlah kita pemikul AMANAH Tuhan
إنا عرضنا الأمانة على السموات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسن إنه كان ظلوما جهولا
Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang,tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya,lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh,manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh (AL-AHZAB:72)
Ketinggian seseorang kerana IMAN
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين
Dan janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang beriman. (ALI-IMRAN:139)
Lantaran itu,carilah reda Tuhan
Dengan melakukan sebaik-baik amalan
Usaha x istiqomah - malas = yakin
asas kejayaan
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (AR-RA'D:11)
ولو أنهم رضوا ماّءاتهم الله ورسوله وقالوا حسبنا الله سيؤتينا الله من فضله ورسوله إنا إلى الله رغبون
Dan sekiranya mereka benar-benar reda dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh ALLAH dan Rasul-Nya,dan berkata "cukuplah ALLAH bagi kami,ALLAH dan Rasul-Nya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya.Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada ALLAH." (AT-TAUBAH:59)
Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha
Tapi,kau sememangnya bodoh
Jika kau langsung tidak berusaha
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita
Tiada nilaian pahala dari-Nya
Malah kau pula menanggung dosa
Lantaran kau sia-siakan amanah beharga
Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang
dan tidak pernah berkesudahan
Sekali kau terjatuh
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula
dan mara berlari kencang
mencipta taufan
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu
Biar hidup kita derita dengan usaha
Kelak kita akan dimulia
Jika tidak di dunia
nun di Syurga.............
InsyaALLAH......
Amin.....
Fatimah Syarha

No comments:
Post a Comment