Wednesday, 3 April 2013

Assalamualaikum w.b.t ... selawat dan salam atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. dan semoga sahabat-sahabat ana sekalian sihat sejahtera  di dalam lindungan rahmat ALLAH .. in shaa ALLAH .. =)

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Rasanya sahabat semua kenal an siapa yang bagi ceramah tu ??? hoho tu lah ustaz Azhar Idrus kita a.k.a UAI ... ^_^
ceramah ni kat Kampung Gajah , erm dekat dengan sek yg ana sayang Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah .. nak tengok ?? ni haa ..

ok . tu lah sekolahnye . tunjuk sikit2 je lah ye .. kalau nak tau macam mana .. haa mai pakat2 sekolah kat situ.. Best !!! :) 
    Haa pasal uai tadi .. first kami sampai cuaca alhamdulillah elok lagi .. selang beberapa minit je hujan rahmat turun .. Alhamdulillah :) terasa nikmat sejuk tu . hoho 
hujan lebat macam mana pun , yang hadir ceramah uai tak berganjak un untuk pulang .. tabikkk r !!! 

nak tengok gambar??? amboiii nak tengok saje ye kome .. huhu .. ni haa --> 



walau apa pun rintangan yang mendatang kami tetap di sini meneruskan perjuangan .. hihi perjuangan apa ye?? perjuangan melawan nafsu :-) wahh najihah semangat untuk hadir majlis ilmu tu memang nampak lah !! menulis dalam hujan .. Alhamdulillah bangga mak ayah dapat anak macam jihah .. dan dalam 10 minit macam tu lah hujan pun semakin lebat . cadang kami nak duduk je kat situ , tp yg lain dah buat khemah sendiri , kami join je lah .. 




uwaaa :-( lenjun giler baju kami time tu .. tp tak pe nak ceduk ilmu punye pasal apa pun boleh +_+ .. yg terharunye , ada sepasang suami isteri ni dah berumur lah .. isteri dia dah tak berapa larat r nak jalan .. so kami dengan org2 kampung yg lain jalan r kedepan ambil suami isteri tu masuk dalam khemah yg kami buat ni .. sob3 .. 

  pe2 hal .. ia sangat2 best ..  di setiap gambar ada cerita :-) 

rindu kamu semua .. harap ukhwah yg kita bina kekal hingga ke syurga .. in shaa ALLAH :-)
Assalamualaikum. uhibbukum fillah .



Saturday, 21 April 2012

SIFAT-SIFAT YANG DIPERLUKAN DALAM MEMILIH SAHABAT


SIFAT-SIFAT YANG DIPERLUKAN DALAM MEMILIH SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t ... selawat dan salam atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. dan semoga sahabat-sahabat ana sekalian sihat sejahtera dan di dalam lindungan rahmat ALLAH .. insyaALLAH .. =)
Sahabat...
Kita perlu mengetahui bahawa tidak semua orang boleh dijadikan sahabat.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
عن أبي هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالط
ERTINYA: "Daripada Abu Hurairah telah berkata,bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda,'seseorang itu menurut agama (jalan) kekasihnya,maka oleh sebab itu hendaklah kamu meneliti orang yang digaulinya."            (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi)

Oleh yg demikian , sahabat yg hendak dipilih mestilah memiliki keistimewaan sifat-sifat yg baik dan disenangi untuk dijadikan sahabat.

Alqamah pernah mewasiatkan kpd anak lelakinya:
"wahai anakku! jikalau engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu : 
1- jikalau engkau melayaninya,dia suka melindungimu
2- jikalau engkau bersahabat dengannya,dia merupakan hiasan bagi dirimu
3- jikalau engkau dalam kekurangan nafkah,dia mencukupi keperluanmu.
Pilihlah seorang sahabat yg apabila 
1-engkau menghulurkan tanganmu untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,dia suka menerima dengan rasa terharu,
2-jikalau dia melihat kebaikan dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya  sangat berguna
3-sedang jikalau dia mengetahui keburukan dari dirimu,dia menutupinya.
pilihlah sahabat yang 
1-jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti dia beri
2-jikalau engkau diam,dia menyapamu dahulu
3-jikalau ada suatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu,dia membantu dan meringankan serta menghiburmu.
pilihlah sahabat yg 
1-jikalau engkau berkata-kata,dia membenarkan ucapanmu dan selalu mempercayainya
2-jikalau engkau menghadapi sesuatu masalah yg berat,dia membantumu menghadapinya
3-jikalau engkau berselisih faham dengannya,dia mengalah demi kepentinganmu."

Saidina Ali r.a juga pernah berkata :
"saudaramu yg sebenar-benarnya ialah orang yg ada di sampingmu.Dia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi kemenfaatanmu.Itulah sahabatmu yg jikalau engkau dalam keadaan bimbang,dia selalu menjelaskan yg sebenarnya kepadamu.Dia berkorban mencurahkan tenaga dan kekuatannya untuk dapat bersama denganmu."

Abu Sulaiman ad-Darami rahimahullah juga pernah berkata :
"Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan salah satu dari dua orang ini. Pertama ialah orang yg dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur,dan kedua, orang yg apabila engkau bersahabat dengannya,engkau dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu.Jikalau engkau suka bersahabat dengan orang selain dua orang di atas itu,maka pastilah itu merupakan kedegilan dan kebodohanmu yang luar biasa bodohnya."

sebagai penutup perlu diketahui bahawa jangan sekali-kali memilih seseorang yg sangat tamak kpd dunia,sebab bersahabat dengannya itu umpama bermain dengan racun yg dapat membunuh diri,yg tidak mustahil akan ditelannya juga.

Luqman al-Hakim pernah menasihati puteranya:
"Wahai anakku! duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama,eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya,sebab hati nurani itu hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati disebabkan hujan yang lebat."

sekian dahulu disini .. =) semoga sahabat sekalian dapat mengambil seberapa banyak ilmu atas apa yg disampaikan ... HIDUP UNTUK MENCARI REDHA ALLAH 

Monday, 9 April 2012

PERJUANGANKU

P E R J U A N G A N K U ! ! !

kau lihat generasi demi generasi mengingkari ALLAH !!!
kau tunduk kesedihan..bingung & bertanya : apa yang harusku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini ?

Jawabku : bukankah kau seorang dai' & mujahid ?

Katamu   : tapi langkahku lambat

Jawabku  : kau lambat kerana kau sibuk dengan urusan duniamu & lupa  
                  akan hari kebangkitan.

"pada akhir zaman orang-orang yang memegang tali perjuangan bagaikan memegang bara api.Andai terus digenggam hancur luluh jiwanya,namun jika dilepas hancurlah dunia."

kita hidup untuk perjuangan & mati untuk syurga impian !!!
~imam nawawi~
~salam perjuangan~ :)

                                                                                                                               

Saturday, 8 October 2011

WANITA-WANITA MUJAHIDAH

 





SEKALI WANITA TERGODA,GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI
                                                              SYURGA,
SEKALI WANITA TERNODA,BERDEKAH,DEKAHLAH SYAITAN DI
                                                             NERAKA,
Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju ALLAH....
Rasulullah s.a.w dan generasi itu telah tiada!Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad,kekasih illahi.Baginda berjalan selangkah demi selangkah meniti hari.Bermula daripada seorang diri,menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi.Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati,namun itulah tertib wahyu ketika itu,strategi Rabbi.
Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci.Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri.Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan jernih yang fikrah mendekatkan akal dan menyentuh hati sanubari.Juga dengan jalan hujah dan keterangan dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati.Bila mana mendapat tekanan,rintangan serta siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih yang sejati.Firman ALLAH yang bermaksud:
Dengan rahmat dan kurnia illahi,seorang demi seorang ikut menyertai,dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali.Lalu,terbentuklah jemaah Rasulullah dan para sahabi.Jemaah baharu itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba' (orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri.
Golongan ghuroba' inilah yang kelihatan berjalan perlahan-perlahan dan lambat,akhirnya menjadi kelompok yang mulia,gah,izzah,dan menjadi generasi terbaik umat ini.Mererka tidak punya apa-apa,melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji ALLAH itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan,jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.
Jalan dakwah inilah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab,demikian pula Parsi dan Romawi,mencabut jahiliyah dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"ingatlah bahawa islam itu berputar,maka berputarlah kamu bersama islam ke mana sahaja ia berputar.Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah,maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran."
Duhai akhawat sayang fillah,si mawar mujahidah,ketahuilah............
Dalam langkah hidup ini,hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi.Kita yang memilih jalan kita sendiri.Kalau kita tidak memilih jalan menuju ALLAH,pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan,nafsu,syahwat dan duniawi,Jalan keimanan itulah jalan illahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.
Orang yang jalan di atas jalan ALLAH sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara yang berjalan di jalan iblisi,tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
Tanyalah diri,mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi?Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi?Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi ALLAH
Namun,sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-Nya?Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli reda ALLAH?Sungguh,manusia lupa saat perjumpaan itu!
Zaman berganti zaman,Islam asing (gharib) kali ke dua,hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba'.Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan dari illahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba' ini?Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini?
NAUZUBILLAH!!!
Ya ALLAH,bantulah kami untuk tetap layak di atas jalanMu.Jangan sekali-kali kau menapis kami dari jalanMu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri.
Amin.....
   

SIFAT MARAH





Marah adalah salah satu sifat mazmumah (tercela,terkeji,terhina) yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin.Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan.Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang ialah sifat marah yang dilarang.Tidak semua sifat marah dilarang,ada kalanya wajib kita marah dan terkadang diharuskan kita marah.Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yang tenang dan membahagiakan.

SIFAT MARAH DARI SUDUT HUKUM BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA BAHAGIAN:


1. Marah yang dipuji:Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan ALLAH s.w.t.Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap ALLAH s.w.t kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan perlanggaran larangan ALLAH dianggap sebagai orang yang lemah iman.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,"sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati,itulah selemah-lemah iman"
Sikap untuk mengubah,menegur atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesuatu perkara.Kecantikan islam dalam marah ialah apabila kita dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana bukan dengan cara mengikut perasaan dan nafsu seperti memaki hamun,mencerca,memukul atau tindakan-tindakan yang negatif.

2. Marah yang dicela:Perasaan marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah ALLAH s.w.t atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum ALLAH,marah dengan usaha dakwah,marah dengan pelaksanaan syiar islam dan lain-lain.Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati islam.Mereka menunjukkan perasaan mereka dengan menunjukkan rasa marah apabila ajaran-ajaran islam diamalkan dalam kehidupan manusia.

3.Marah yang diharuskan:Marah yang tidak melanggar perintah ALLAH dan tidak melampaui batasan.Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh ALLAH s.w.t seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui,marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain.
 Firman ALLAH s.w.t maksudnya,"Dan orang yang mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kepada orang lain,dan ALLAH suka kepada orang-orang yang baik."

Kesimpulannya,wajib marah apabila hak ALLAH dilanggar,haram marah apabila hak-hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batasan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.  
     Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan,siapa yang marah dengan kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang.Manusia dari sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat:
 Pasif=orang yang tiada perasaan marah,hilang dari dirinya sifat marah  
Aggresif=orang yang pemarah,baran,tidak mampu dikawal oleh akal dan agama,hilang kewarasan diri ketika marah  
Moderet=iaitu pertengahan,orang yang dapat mengawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.  

    DENGARLAH DUHAI TEMANKU SAYANG


    بسم الله الرحمن الحيم
    Temanku,
    ALLAH menciptakan manusia sama
    Dengan sebaik-baik kejadian
    Cuma amalan manusia itu berbeza-beza
    Ada yang lalai dengan angan-angan
    Ada yang tekun berusaha
    Tentu nasib mereka berlainan
    Kerana ALLAH Maha Adil sifat-sifatnya
    Kelalaian dibalas kegagalan
    Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
    Kau diberi peluang membuat pilihan
    Kau jua yang tanggung natijahnya
    لقد خلقنا الإنسن في أحسن تقويم
    sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian     (SURAH AL-TIN:4)

    Sedarlah temanku,
    Kita musafir di dunia
    Kita akan pulang kepada-Nya
    Hidup di dunia akan ditanya 
    Adakah di isi dengan sebaiknya?
    Atau keseronokan semata-mata?
    Mahukah kita hidup terhina?
    Tanpa ilmu sebagai bekalnya
    Kelak disana rendah darjatnya
    يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتو العلم درجت 
    ALLAH akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat 
    (SURAH AL-MUZAADILAH:11)

    Temanku,
    Renungilah sebiji cawan
    Jika tidak dituang air
    Molekul udara memenuhinya
    Begitu juga diri kita
    Jika tidak di isi iman 
    Masuklah syaitan bermaharajalela
    Diri kita perlu pengisian
    Dengan ilmu dan agama
    Agar hidup dekat dengan-Nya
    Barulah hatimu tenang bahagia

    Ketahuilah temanku,
    Kemuliaan manusia bukan pada luaran
    Tapi pada hati yang takutkan Tuhan
    Oleh itu,tekadkan keyakinan
    Kau ummat pilihan
    إن أكرمكم عند الله أتقكم
    Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa    (AL-HUJURAT:13)

    Jelaskan VISI perjalanan
    ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة و قنا عذاب النار
    Ya Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka     (AL-BAQARAH:201)

    Jadikan ILMU sebagai bekalan
     اقرأ باسم ربك الذى خلق
      Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan      (AL-ALAQ:1)

    Sedarlah kita pemikul AMANAH Tuhan
     إنا عرضنا الأمانة على السموات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسن إنه كان ظلوما جهولا
     Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang,tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya,lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh,manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh         (AL-AHZAB:72)

    Ketinggian seseorang kerana IMAN
     ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين
    Dan janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang beriman.      (ALI-IMRAN:139)

    Lantaran itu,carilah reda Tuhan
    Dengan melakukan sebaik-baik amalan
    Usaha x istiqomah - malas = yakin
    asas kejayaan
      إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
    Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.     (AR-RA'D:11)

    ولو أنهم رضوا ماّءاتهم الله ورسوله وقالوا حسبنا الله سيؤتينا الله من فضله ورسوله إنا إلى الله رغبون
    Dan sekiranya mereka benar-benar reda dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh ALLAH dan Rasul-Nya,dan berkata "cukuplah ALLAH bagi kami,ALLAH dan Rasul-Nya akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya.Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada ALLAH."         (AT-TAUBAH:59)

    Temanku,
    Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha
    Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala
    Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya
    Jika kau reda,sabar dan terus berusaha
    Tapi,kau sememangnya bodoh
    Jika kau langsung tidak berusaha
    Kerana pasti kau akan gagal dan menderita
    Tiada nilaian pahala dari-Nya
    Malah kau pula menanggung dosa
    Lantaran kau sia-siakan amanah beharga

    Temanku,
    Bangkitlah dari lenamu yang panjang
    dan tidak pernah berkesudahan
    Sekali kau terjatuh
    Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya
    Kau punya kekuatan untuk bangkit semula
    dan mara berlari kencang
    mencipta taufan

    Berjuanglah temanku sayang,
    Tanpa mengenal penat dan jemu
    Biar hidup kita derita dengan usaha
    Kelak kita akan dimulia
    Jika tidak di dunia
    nun di Syurga.............
    InsyaALLAH......
    Amin..... 
    Fatimah Syarha